Pemuda Tak Sangka, Bakal Isteri Rupanya Lelaki Tua Usia 53 Tahun!

22 Sep 2023 • 1:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Siapa tak gembira bila bertemu dengan jodoh lagi-lagi kalau si dia pun dah bersetuju untuk berkahwin dan menghabiskan hidup bersama kita.

Begitulah kisah viral seorang lelaki berasal Makassar, Indonesia yang terpikat dengan gadis yang ditemuinya melalui media sosial dan nekad untuk mengahwini gadis tersebut.

image is not available

Menurut laporan Tribun Jatim, lelaki itu mendedahkan terdapat seorang gadis telah memperkenalkan diri sebagai pelajar perempuan berumur lingkungan 20-an dan memberitahu telah bersedia untuk berkahwin.

Malangnya, gadis yang dicintainya itu ternyata hanya indah pada gambar kerana bakal isterinya bukanlah perempuan sejati bahkan merupakan seorang lelaki tua yang berusia 53 tahun yang menyamar sebagai seorang perempuan.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak sedemikian untuk melakukan modus operandi dalam penipuannya demi mendapatkan wang dengan cara yang licik.

Bukan itu sahaja, ‘Si gadis’ turut bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki berumur 35 tahun itu serta meminta mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah (RM15 280).

image is not available

Walaupun belum pernah bertemu, pekerja di syarikat perlombongan itu dikatakan tetap memberikan wang itu kepada bakal isterinya.

Wang yang diterima oleh lelaki tersebut telah digunakan untuk dirinya sendiri dengan membeli barang keperluan harian dan bermain loteri.

image is not available

Namun begitu, kegiatan lelaki tua itu akhirnya terbongkar dan ditahan oleh polis di kediamannya di Tinggimoncong, Gowa di Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia pada Jumaat lalu.

Dilaporkan, Polis Sulsel bahagian jawatankuasa jenayah siber, AKP Iqbal Usman E berkata, suspek menggunakan gambar profil wanita bertudung disamping menggunakan nama wanita untuk menipu mangsa.

Suspek menggunakan taktik tersebut dan menyasarkan orang-orang yang berkerja di syarikat perlombongan di kawasan Kalimantan.

“Suspek kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut,” kata Iqbal kepada sidang media.

Sumber: Tribun Jatim