Pemuda UMNO Johor nasihat Akmal matang terima realiti politik, akui ‘penolakan’ itu biasa

LocalPolitics
7 Jan 2026 • 5:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pemimpin Pemuda UMNO tampil memberi nasihat secara terbuka kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh supaya lebih matang menerima realiti politik susulan penolakan terhadap gesaannya agar Umno menarik sokongan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda UMNO Johor anggap situasi dihadapi Akmal adalah proses

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, situasi yang dihadapi Akmal ketika ini adalah sebahagian daripada proses politik yang akan mematangkan kepimpinan seseorang.

Bagi saya, apa yang dia (Akmal) lalui ketika ini adalah sebahagian daripada proses (politik) — sesuatu yang mematangkan dan membantu dia berkembang.
“Sebab kita tidak boleh harapkan hanya apa yang kita cakap dan kita mahu sahaja yang betul.
“Ada masanya apa yang kita rasa betul akan ditolak. Jadi kita kena bersedia untuk menerimanya,” katanya kepada Malaysiakini.

image is not available

Pemuda UMNO Johor tak bermaksud nafikan hak Adun Merlimau

Ketua Pemuda UMNO Johor berkenaan turut menegaskan nasihat itu tidak bermaksud menafikan hak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berkenaan untuk terus berpegang pada prinsipnya.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO akan kekal bersama kerajaan Madani sehingga tamat penggal semasa.

image is not available

Sabtu lalu, Akmal yang mengetuai Konvensyen Khas Pemuda UMNO menggesa ahli parti menyokong cadangannya supaya UMNO bergabung dengan PAS sebagai pembangkang, selain membentangkan perkara itu dalam mesyuarat biro politik UMNO.

Mengulas lanjut, Azleen berkata keputusan biro politik UMNO tidak menghalang perwakilan membahaskan isu tersebut pada Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

“Dalam politik, ada naik dan turun, bermacam-macam. Jadi dia (Akmal) perlu terima hakikat bahawa inilah politik,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Mungkin kelemahan datang dari saya, sudah tiba masanya untuk mengundur diri – Akmal Saleh

Pagi tadi, Akmal telah memuat naik satu mesej di Facebook yang memberi bayangan bahawa beliau berhasrat untuk “berundur” susulan keputusan Zahid menolak gesaannya agar Umno keluar daripada kerajaan Perpaduan selepas mesyuarat biro politik parti, Isnin lalu.

Dalam hantaran itu, Akmal turut menyatakan bahawa beliau telah “melakukan usaha dan menyampaikan sehabis baik”.

Sumber: Malaysiakini