Pemuda UMNO junjung titah Agong jaga keharmonian, kesucian Islam

LocalPolitics
9 Apr 2024 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk parti itu menjaga keharmonian dan memelihara kesucian agama Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata, Sultan Ibrahim bertitah demikian supaya polemik yang berlaku ketika ini dapat diredakan.

"Alhamdulillah, pagi ini saya bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Rauf Ab Yusoh dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

"Saya menjunjung titah di atas nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga keharmonian negara dan memelihara kesucian agama Islam agar polemik yang berlaku dapat diredakan.

"Didoakan semoga Baginda dikurniakan kekuatan, kesihatan serta terus kekal bersemayam di singgahsana dan dapat memerintah negara dengan penuh kedaulatan dan kebesaran," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menjadi pemimpin UMNO yang lantang mempertahankan isu melibatkan 3R (agama, institusi raja dan kaum).

Tindakan tersebut katanya menjadi prinsip UMNO untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved