Pemuda Umno Libaran nyata sokongan kepada Bung

Politics
10 Jan 2023 • 4:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pergerakan Pemuda Umno Libaran menyokong apa pun tindakan atau keputusan yang diambil oleh Ketua Umno merangkap Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkaitan kemelut politik di negeri ini.

Ketua Pemuda Umno Libaran, Shariff Ismar Hafiz Sh Abdul Rahman, bersama barisan AJK Pemuda bahagian itu, menegaskan mahu kepimpinan parti mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Adun Umno BN, yang tidak memberi kerjasama serta tidak menyokong keputusan menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Jelas mereka, dalam menentukan kestabilan politik, apa yang penting adalah nilai setiakawan antara parti gabungan di mana setiap keputusan perlu melalui perbincangan, menambah tindakan memecat pemimpin Umno Sabah membuktikan Hajiji telah melanggar perjanjian itu.

Mereka mendakwa, selepas Pilihan Raya Ke-15 (PRU15), Hajiji telah mengkhianati kerjasama BN-GRS melalui sokongan GRS kepada Perikatan Nasional dengan membuat pusingan-U dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Dengan itu GRS dilihat tidak memiliki pendirian tetap dan mahu selamatkan jawatan semata-mata,” tegas mereka dalam satu kenyataan di sini, Ahad lepas.

“Semoga kemelut politik ini berakhir dengan cepat agar isu rakyat dapat diberi fokus utama”.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.