Pemuda UMNO Shah Alam tolak kerjasama politik tubuh kerajaan

Politics
21 Nov 2022 • 8:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Dendera

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam menolak parti itu bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti untuk membentuk kerajaan.

Ketuanya, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, keputusan itu diambil selaras dengan Persidangan Agung UMNO 2020 yang memutuskan 'No DAP, No PKR dan No Bersatu'.

Sehubungan itu, katanya, pemuda bahagian itu mencadangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pembangkang memandangkan rakyat telah menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kami juga mendesak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dengan segera membentuk kerajaan demi kepentingan rakyat Malaysia yang telah memberikan mandat dalam PRU15," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, beberapa pemimpin dan ahli Parlimen dari PH dan BN mengadakan pertemuan di sebuah hotel bagi membincangkan mengenai kerajaan gabungan, selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved