Tuaran: Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika memukat ikan seorang diri menggunakan bot di muara Sungai Serusup, di sini, sejak Sabtu lalu.
Mangsa dikenali sebagai Husaini Saidin, 34, disedari hilang oleh keluarganya selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar pada jam 4.30 pagi hari berkenaan sehingga Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 1.19 petang, Isnin.
Seramai 12 anggota termasuk seorang pegawai bersama satu jentera, satu bot dan sebuah kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) meliputi sejauh 15 kilometer di sepanjang pantai dengan bantuan dua bot penduduk.
“Keluarga dan penduduk yang turut melakukan pencarian sejak pagi hanya menemui bot dan pukat milik mangsa di tebing pantai,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, bot mangsa ditemui dalam keadaan rosak dipercayai dipukul ombak, manakala pukatnya turut hanyut ke kawasan batu tebing.
Operasi SAR dijalankan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung berhampiran.
“Operasi ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula pagi esok,” ujarnya.