
BELURAN: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) akan memusatkan semua isu logistik yang dihadapi pihak berkuasa dalam menangani banjir, bagi menyeragamkan lagi operasi mereka pada masa hadapan.
Menterinya Datuk James Ratib berkata, masih banyak masalah dan kelemahan yang dihadapi pihak berkuasa yang ditugaskan menangani banjir di seluruh negeri pada masa ini.
Advertisement“Sepanjang siri lawatan saya ke kawasan dilanda banjir, banyak masalah dan kelemahan dibangkitkan oleh PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana), terutamanya pengerusi bencana.
“Antara isu lain yang disebut ialah kekurangan bot dan generator, kekangan dari segi perhubungan, kekurangan jaket keselamatan dan sebagainya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Jadi saya lihat semua masalah ini bukan sahaja di satu daerah tetapi semua daerah yang dilawati mempunyai masalah dan kelemahan serupa,” katanya.
James berkata, semua sedia maklum bahawa setiap tahun Sabah akan menghadapi bencana banjir dan masalah serta kelemahan yang dihadapi sekarang akan muncul semula pada masa hadapan.
Advertisement“Kita dapati tiada badan tunggal yang bertindak dan bertanggungjawab menyelesaikan perkara ini dengan membuat penambahbaikan.
“Jadi saya sebagai Menteri KPMKR akan mengambil alih tugas ini dan saya akan memanggil semua Pegawai Daerah, Pengerusi PKOB dan juga pegawai jabatan yang bertanggungjawab.
Advertisement“Ini supaya, pada masa akan datang, tiada lagi persoalan tidak ada bot, generator, jaket keselamatan dan sebagainya, supaya apabila banjir melanda, kita akan bersedia,” katanya.
James, yang juga Adun Sugut, berkata demikian semasa siri lawatannya ke seluruh negeri berikutan bencana banjir baru-baru ini.
“Lawatan saya tamat di Paitan di mana saya melawat Pejabat PKOB Daerah Telupid dan kita dapati kesemua mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing.
“Ketika ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pengurusan PKOB sedang meneliti wang bantuan mangsa banjir sama ada yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau mereka yang terperangkap atau terjejas banjir.
“Saya difahamkan, di Telupid, terdapat kira-kira 1,400 mangsa banjir yang memerlukan wang bantuan RM1,000 orang, manakala di Beluran, kira-kira 554 orang terjejas.
“Saya telah pun berbincang dengan Pengarah Jabatan Kebajikan Am Negeri bahawa semua penerima wang bantuan ini perlu dibayar secepat mungkin dan semua dokumen mesti dilengkapi oleh PKOB daerah serta agensi lain yang berkaitan.
“Kita mahu dokumen berkaitan dihantar ke Kota Kinabalu dengan cepat kerana masa pemprosesan di peringkat daerah hanya 14 hari dan saya difahamkan pada 1 Februari lalu, mereka ini telah pun pulang ke rumah,” katanya.
Menurut James, ini bermakna terdapat kira-kira 10 hari untuk melengkapkan dokumen mereka untuk dihantar ke Ibu Pejabat bagi tujuan memproses pembayaran bantuan wang ihsan tersebut.
“Untuk makluman, semua ini akan disenaraikan oleh Ketua Kampung dan selepas itu akan dikemukakan dan disemak oleh Pegawai Keselamatan kita seperti APM dan lain-lain yang dilantik oleh PKOB.
“Ini bagi memastikan sama ada mereka ini benar-benar layak dan terjejas banjir atau tidak, kemudian dibawa ke bawah Mesyuarat Jawatankuasa Khas, atau PKOB, dan selepas disahkan, barulah dihantar ke Ibu Pejabat.
“Ini bukan proses yang mudah, di mana individu sesuka hati menghantar nama mereka. Semua ini mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.
