“Penagih D*dah Atau P*dof*lia Punca Kematian Anak” – Ibu Zayn Rayyan

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 12:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan berita, ibu Allahyarham Zayn Rayyan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa kes kematian anaknya ini mempunyai penglibatan individu seperti penagih dadah atau pedofilia (ada nafsu terhadap kanak-kanak).

image is not available

Difahamkan, kenyataan tersebut dibuat oleh Ismanira Abdul Manaf, 29, ketika memberi keterangan prosiding pertama perbicaraan bela diri berhubung tuduhan pengabaian kanak-kanak autisme itu hingga menyebabkan berlakunya kecederaan fizikal.

Sekadar info, perbicaraan tersebut telah berlangsung di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

image is not available

Kata Ismanira, maklumat berkenaan diperoleh sewaktu dia bertanya kepada pihak polis mengenai kecederaan yang di alami oleh arwah Zayn sewaktu berada di unit forensik Hospital Sungai Buloh.

Saya ada tanya pihak polis. Mereka jawab, ada beberapa suspek, tetapi siasatan masih dijalankan. Polis syak dua golongan itu (penagih dadah dan pedofilia) mungkin terlibat.

image is not available 2025-07-22 20:00:07

Kes Zayn Rayyan: Ibu Syak Anak Dicekup & Dilarikan - “Tak Dengar Bunyi Tapak Kasut”