
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 59 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana berulang kali mengambil syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Awang yang menukar pengakuannya dan mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Khamis, yang sepatutnya untuk perbicaraannya.
AdvertisementDia didapati mengambil dadah itu pukul 11.50 malam, 17 Februari 2024, selepas air kencingnya diuji positif untuk dadah di balai polis di sini
Ahmad mempunyai tiga rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan. Mahkamah memerintahkan Ahmad menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.
AdvertisementTiada sebatan dikenakan ke atas Ahmad kerana faktor usianya.
Selepas menjalani hukuman penjara, Ahmad diperintah untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
AdvertisementSemasa mitigasi, Ahmad merayu hukuman ringan dengan alasan dia sudah tua dan mempunyai keluarga untuk dijaga.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim menggesa mahkamah mengenakan hukuman pencegahan memandangkan Ahmad sudah berulang kali mengambil syabu.

