
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 51 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dua bulan kerana mengambil syabu, berulang kali.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Sin Go, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Lee didapati mengambil dadah itu jam 6.20 petang pada 20 April tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.
Dia mempunyai dua rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana mengambil dadah.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 39C(1) ADB itu membawa hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tiada sebatan dikenakan ke atas Les kerana usianya.
Mahkamah memerintahkan Lee menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.
Selepas menjalani hukuman penjara, Lee diperintah supaya diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
Semasa mitigasi, Lee yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga tiga anaknya.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas alasan Lee berulang kali mengambil dadah yang merupakan kesalahan serius.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


