
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kerana berulang kali mengambil syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu terhadap Mazlee Abd Latif selepas dia mengaku mengambil dadah itu pada Mac tahun ini apabila ujian air kencingnya di balai polis di sini didapati positif dadah.
Tertuduh mempunyai dua rekod sabitan lampau atas kesalahan sama.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan itu di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) akta sama.
Selepas menjalani hukuman penjara, Mazlee turut diperintah diletakan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak mewakili pihak pendakwaan manakala Mazlee tidak diwakili.
