Penagih syabu dipenjara, disebat

LocalPolitics
13 Aug 2024 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 40 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan diperintah tiga kali sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Khairul Hisham Zainal, yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Khairul didapati mengambil dadah itu pada 2.40 petang 30 Mei tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis Beaufort.

Dia mempunyai satu rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya (DDA) kerana mengambil dadah beberapa kali.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 39C(2)/39B DDA itu membawa hukuman penjara antara tujuh dan 13 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah Khairul menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, Khairul diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Semasa mitigasi, Khairul yang tidak diwakili memohon hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqa Alya menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas sebab Khairul adalah seorang pesalah berulang dan kesalahan itu serius

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.