Penalti kontroversi bantu kemenangan United

Football
9 Jan 2024 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bruno Fernandes melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti pada aksi Piala FA menentang Wigan.

MANCHESTER United mara ke pusingan keempat Piala FA selepas menundukkan pasukan dari Liga Kejuaraan Inggeris, Wigan 2-0 pada awal pagi Selasa.

Jaringan separuh masa pertama Diogo Dalot dan sepakan penalti kontroversi Bruno Fernandes memastikan kemenangan pertama United di tempat lawan sejak November.

"Piala FA adalah mengenai kemenangan, ia adalah kalah mati. Anda perlu menyelesaikan tugas tersebut. Itulah yang saya katakan di bilik persalinan.

"Pada separuh masa pertama saya fikir kami mencipta lima atau enam peluang yang sangat baik. Saya lihat ia perlawanan yang bagus.

"Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, tetapi jika anda tidak menjaringkan gol anda perlu kekal fokus dan saya fikir kami melakukannya malam ini," kata pengendali United, Erik ten Hag.

Selepas ini, United akan berdepan Tottenham Hotspur untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mereka perlu menang untuk merapatkan jurang sembilan mata dengan pasukan di kedudukan empat teratas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved