Penamaan calon: Cuaca diramal cerah di hampir keseluruhan kawasan PRN esok

Politics
28 Jul 2023 • 1:09 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR - Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diramal cerah pada sebelah pagi di hampir keseluruhan daerah di enam negeri yang terlibat.

Menurut paparan di laman web MetMalaysia pada Rabu lepas, semua daerah di empat negeri dijangka cerah pada sebelah pagi iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Paparan itu turut menunjukkan hanya beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang dijangka hujan pada waktu pagi.

Di Kedah, cuaca hujan diramal melanda daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Langkawi manakala Pulau Pinang melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Selain itu, suhu pada hari penamaan calon enam di negeri tersebut diramal sekitar 23 hingga 34 darjah celsius.

Esok adalah hari penamaan calon PRN bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bermula dari 9 hingga 10 pagi untuk proses penghantaran borang. - 28 Julai, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved