
SANDAKAN: Penamatan Perkhidmatan Jalur Lebar ‘Secara Percuma’ di seluruh negeri ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan pelajar di kawasan luar bandar. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir (gambar) berkata ratusan ribu pelajar di kawasan luar bandar masih bergantung dengan perkhidmatan jalur lebar percuma ini bagi meneruskan aktiviti pembelajaran harian.
“Tidak semua kampung ada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti untuk pelajar kunjungi, ada pun terletak jauh dari kampung mereka,” katanya ketika mengulas mengenai penamatan Perkhidmatan Jalur Lebar ‘Secara Percuma’ yang tular, Ahad.
Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah menjelaskan pelajar di kawasan luar bandar masih bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan berkenaan yang diletakkan di lokasi strategik seperti dewan dan balai raya.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sewajarnya membuat kajian secara menyeluruh berhubung perkhidmatan itu sebelum menamatkan perkhidmatan itu.
“Jika benar, notis yang telah dikeluarkan kepada pengendali PEDi di seluruh Sabah dengan mengesahkan bahawa perkhidmatan itu akan ditamatkan dengan kadar segera. Kontrak untuk membekal perkhidmatan internet jalur lebar percuma itu belum lagi diperbaharui dan mungkin tidak akan diperbaharui oleh pihak kementerian untuk masa ini.
“Ini adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku sekaligus akan bakal mengundang masalah kepada masyarakat luar bandar khasnya golongan pelajar B40,” tegasnya.
Suhaimi meminta Fahmi membuat penjelasan berhubung perkara ini dan apa inisiatif baharu kementerian untuk diperkenalkan oleh kerajaan bagi memastikan golongan pelajar luar bandar Sabah tidak terjejas dalam menjalankan aktiviti pembelajaran mereka yang memerlukan akses internet.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
