Penambahan anggota polis bertugas di Istana Kehakiman esok bergantung kepada keperluan

22 Aug 2022 • 8:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Keperluan bagi menambah bilangan anggota polis yang bertugas bagi kawalan keselamatan di prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Istana Kehakiman (POJ) di Putrajaya esok, bergantung kepada keadaan semasa.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata penilaian dari semasa ke semasa akan dibuat berpandukan kepada maklumat yang diperolehi.

Beliau berkata penugasan anggota polis bagi tujuan keselamatan di POJ dibuat seperti biasa sejak prosiding bermula 15 Ogos lepas.

“Bagaimanapun esok hingga 26 Ogos, penambahan anggota bertugas akan dibuat mengikut keperluan berdasarkan penilaian dari semasa ke semasa. Ketika ini polis sedang standby,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bermula esok, Mahkamah Persekutuan akan menyambung prosiding rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman ke atas tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan diramalkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri keenam itu bakal berhimpun di sekitar POJ.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved