Penampilan Akmal Old Money di AJL 39 dipuji normal -“Dia nampak paling lelaki”

EntertainmentMen's Fashion
18 Feb 2025 • 10:55 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Akmal Old Money

Penampilan pempengaruh, Akmal Old Money di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 29) dipuji ramai dan rata-rata mengatakan dia terlihat normal jika dibandingkan dengan kebanyakkan tetamu lelaki yang hadir.

Menerusi perkongsian di X, Akmal telah menjadi sebutan selepas terlihat segak dengan sut berwarna putih dipadankan dengan kemeja hitam sekaligus nampak sangat maskulin sewaktu berjalan di karpet merah.

Akmal Old Money lebih normal dari ‘tetamu’ yang lain

Perkara ini menjadi perhatian selepas tularnya beberapa video dan gambar golongan lelaki yang tampil bergaya tanpa segan silu berpakaian seperti wanita sewaktu menghadiri acara pertandingan hiburan tersebut.

image is not available

Akmal Old Money jauh lebih bagus

Susulan daripada itu ramai yang meninggalkan komen mengatakan penampilan Akmal jauh lebih bagus berbanding ‘golongan’ tersebut kerana nampak lebih kemas sebagai seorang lelaki.

Ada juga yang meluahkan rasa bangga terhadap pempengaruh tersebut kerana masih kelihatan normal seperti lelaki pada umumnya.

image is not available

Ingatkan Naqiu tadi

image is not available

Dia nampak paling lelaki

image is not available

Kali ni Akmal menang!

image is not available

Jangan risau, Akmal masih ‘old money’

Akmal yang hadir ke AJL 39 bagi memberikan sokongan kepada penyanyi kegemarannya turut berkongsi gambar sewaktu berada di karpet merah serta di dalam Axiata Arena.

Dia memaklumkan agar orang ramai tidak perlu khuatir dengannya kerana masih kekal bergaya seperti lelaki dengan penampilan ‘Old Money’ serta ‘gentleman look’.

“Jangan kuahtir. Akmal masih with Gentleman look, old money fashion,” tulisnya.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video dan gambar tetamu lelaki di AJL 39 tampil berpakaian seperti wanita dan tanpa segan silu berjalan bangga di karpet merah acara tersebut.

Isu berkenaan telah mendapat kritikan ramai sekali gus membuatkan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bertindak menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau kandungan media sosial berkenaan hal tersebut.