Penampilan baru Norreen Iman dipuji, akui menangis bila padam hantaran lama

Entertainment
1 Feb 2024 • 4:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pempengaruh dan juga selebriti, Norreen Iman dipuji ramai kerana melakukan penghijrahan dengan memakai tudung. Dalam beberapa hantaran di Instagram, Norreen dilihat berkongsikan dirinya tampil berhijab.

Minggu lalu, Norren dilihat memuat naik sekeping gambar berukuran passport dalam keadaan berhijab. Menerusi ruangan komen, Norreen dikatakan bakal mengerjakan umrah tidak lama lagi.

Namun begitu, menerusi beberapa perkongsian di Insta Story, Norreen menyatakan telah memadam beberapa hantaran lama. Walaupun sedih, namun dia tidak menyesal berbuat demikian.

image is not available

Dalam pada itu dia juga menyatakan hanya meninggalkan 300 lebih hantaran di Instagram.

image is not available

“Dari 2000++ ke 300++ posting sahaja. Terlalu banyak memori. Saya dan Razzi, anak-anak serta rakan-rakan.

“Tak apalah, simpan dalam hati jelah,” tulisnya.

Di ruangan komen, netizen tidak henti-henti memberikan sokongan dan galakan kepada Norreen untuk terus kekal istiqamah. Rakan-rakan selebriti lain juga dilihat memuji Norreen yang manis apabila tampil berhijab.

Sumber: Norreen Iman