Penampilan Terbaru Masya Masyitah Undang Perhatian Ramai

LocalEntertainment
28 Apr 2025 • 7:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Masya Masyitah

Selebriti media sosial, Masya Masyitah mengejutkan ramai apabila tampil dengan gaya rambut baru yang lebih pendek hingga paras bahu!

Menerusi hantaran di TikTok, Masya berkongsi perubahan terkininya sambil bertanyakan pendapat pengikut.

New haircut? Yes or no?

Netizen rindu Masya Masyitah berhijab

Rata-rata peminat memuji penampilan baru Masya, namun ada juga yang berpendapat dia lebih menyerlah dengan rambut panjang.

Malah, ada yang menyamakan Masya dengan watak Deoksun dari drama Korea popular, Reply 1988!

Pun begitu, segelintir warganet tidak lupa mengungkit imej lama Masya yang berhijab dan mengakui mereka rindukan wajah ayunya ketika itu.

Masya tidak lagi berhijab dan undur diri dari dunia seni

image is not available

Untuk rekod, Masya sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah tidak lagi berhijab pada Julai 2023.

Malah, dia turut mengumumkan pengunduran dari dunia seni dan memilih untuk tidak lagi bergelar penyanyi.

Penampilan seseorang adalah pilihan peribadi. Hormatilah keputusan orang lain dan sebarkan aura positif, bukan kecaman!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved