
Penampilan terkini isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah mencuri perhatian netizen. Wah! Kenapa tu?
Kalau korang tengok video yang dimuat naik @wiwiedarvienda di TikTok, nampaklah yang Ira sedang duduk sambil bermain telefon.
Kalau korang perasan, wajah isteri kepada Syamsul itu kelihatan semakin cantik dan berseri-seri.
Ira yang memakai tudung hitam dengan kemeja putih ketika itu juga kelihatan tersenyum apabila kamera merakamnya.
Bukan tu jer, @wiwiedarvienda yang merupakan bekas kakak ipar kepada Ira itu juga minta orang ramai untuk mendoakan Ira agar dikurniakan zuriat.
Alhamdulillah, doakan rezeki dia (Ira) mengandung dan jadi ibu.
Kredit: Tiktok @wiwiedarvienda
