Penangan Bulan Henti Bicara, Qireen Din digelar ‘hantu galah’

Entertainment
1 Sep 2026 • 2:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penangan Bulan Henti Bicara, Qireen Din digelar ‘hantu galah’

KUALA LUMPUR – Semakin dikenali ramai dek penangan drama Bulan Henti Bicara, pelakon baharu, Qireen Din tak kisah digelar sebagai ‘hantu galah’ dek ketinggian yang dimiliki.

Menurut Qireen atau nama lengkapnya Muhammad As’syaqireen Hasnoddin, 34, dia tidak menyangka drama pertama lakonannya mendapat tempat di hati peminat sehingga pengikut akaun media sosialnya juga semakin meningkat.

“Alhamdulillah drama ini mendapat sambutan ramai. Terima kasih kepada pengarah iaitu Eyra Rahman yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak Nazif walaupun pada awalnya saya kurang yakin untuk bawa watak ini dan memintanya mencari pelakon lain. Tapi dia yakinkan saya untuk terima watak ini.

“Setiap hari saya akan dapat mesej daripada peminat dalam media sosial. Terlalu ramai sampai saya tak mampu untuk balas satu persatu. Terima kasih kepada semua. Saya baca mesej dan komen kalian.

“Walaupun ada yang panggil saya hantu galah. Minta saya tumbuk Jamali, minta saya kahwin dengan Zulfa dan sebagainya. Pada saya komen-komen itu sangat comel. Saya okey sahaja mereka nak panggil saya hantu galah jika itu mampu buat mereka gembira,” katanya ketika ditemui pada sidang media Warnaraya 2027, di sini, baru-baru ini.

Kata jejaka berketinggian 188 sentimeter itu lagi, dia banyak mengutip ilmu lakonan daripada pelakon berpengalaman ketika di set penggambaran.

“12 tahun saya bergelar model, jadi bila saya melangkah ke dalam industri lakonan, saya tidak mahu ambil sambil lewa. Saya ada misi saya sendiri.

“Saya banyak belajar dengan pelakon-pelakon berpengalaman di set penggambaran seperti abang Azhan Rani dan kak Farah Ahmad.

“Saya tak pernah terfikir nak jadi viral atau popular. Bila masuk set penggambaran saya hanya fokus nak beri lakonan yang terbaik. Alhamdulillah setakat ini tiada lagi komen yang buruk tentang lakonan saya. Belum ada lagi yang cakap saya kayu,” jelasnya.

Biarpun masih hijau dalam bidang lakonan, namun tawaran demi tawaran mula mendampingi pelakon yang berstatus duda anak satu ini.

“Saya bersyukur apabila ditawarkan watak sebagai hero kedua untuk drama Ceraikan Aku Sekali Lagi di samping Uqasha Senrose, Zara Zya dan Hisyam Hamid.

“Dalam drama itu saya bawa watak sebagai seorang doktor. Banyak perkara yang perlu saya belajar terutamanya membabitkan terma-terma yang digunapakai dalam dunia perubatan.

“Selepas itu ada satu lagi naskhah menarik. Tetapi saya belum boleh kongsikan butirannya. Apa yang saya boleh katakan, watak itu adalah watak yang sangat saya idamkan,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

The post Penangan Bulan Henti Bicara, Qireen Din digelar ‘hantu galah’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved