Penantian 15 tahun, Aliff Syukri baru terbuka hati tunai haji tahun ini

21 Jun 2023 • 7:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Musim haji yang sedang berlangsung memperlihatkan beberapa selebriti dan public figure telah mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini.

Terpanggil mengerjakan haji

Antaranya ialah usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Berharap dapat menjadi insan yang lebih berguna kepada semua

Menurut kapsyen yang disertakan lagi, dia memaklumkan selepas 15 tahun barulah hatinya terbuka untuk mengerjakan haji tanpa sebarang paksaan.

Jadi, dia berharap agar ibadahnya kali ini dapat menjadikannya seorang yang berguna kepada ibu bapa, keluarga serta para kenalan.

Ibu, isteri & anak2 hantar di airport

Melihat dari perkongsian tersebut, Aliff Syukri sepertinya pergi ke Tanah Suci bersama anak sulungnya, Ammar Ahyyan dan ibunya, Rozita Ibrahim tanpa kehadiran isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Walau bagaimanapun, datin dilihat turut sama-sama menghantar usahawan itu bersama jemaah yang lain di lapangan terbang.

Adakan majlis doa selamat

Dalam pada itu, sehari sebelum berangkat, Aliff Syukri turut mengadakan doa selamat sempena keberangkatannya ke Tanah Suci. Perkara tersebut dikongsikan di Insta Story apabila mereka beramai-ramai membaca yasin serta berdoa agar segala urusan dipermudah.

Selamat jalan Dato’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan itu di Instagram mendoakan agar ibadah Aliff Syukri dan anaknya dipermudah dan berharap supaya mendapat haji yang mabrur.

image is not available

Semoga mendapat haji yang mabrur

 

image is not available

Dah jadi pak haji jangan buat video gedik2 lagi

image is not available

 

Sumber: Instagram Aliff Syukri