Penantian Berakhir! Ini Rupa Perodua Alza 2022, Dijual Pada Harga Bermula RM62.5k

20 Jul 2022 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Setelah sekian lama, akhirnya model kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza 2022 telah dilancarkan dengan tiga varian untuk pasaran tempatan. 

Untuk varian X, ia dijual pada harga RM62,500, untuk varian H pula, ia dijual pada harga RM68,000 dan varian yang paling tinggi sekali iaitu Advance, ia dijual pada harga RM75,500.

image is not available

Perodua Alza terbaru ini hadir dengan lima pilihan warna termasuk dua warna baru iaitu Black (hitam), Brown (coklat), Garnet Red (merah), Glittering Silver (perak) dan Ivory White (putih).

image is not available

Untuk trenkuasa, ia menggunakan enjin Euro4 1.5L NR-VE DVVTi yang mampu menghasilkan 104.6hp dan tork sehingga 138Nm. Sistem transmisi pula hadir dengan jenis automatik baru iaitu D-CVT (Dual Mode CVT) dengan mod tukaran gear manual (+ dan -).

image is not available

Kalau korang lihat rekabentuknya memang tersangat berbeza dengan model sebelum ini. Cantik gila! Tapi untuk sport rim, varian X dapat 15 inchi manakala untuk varian H dan AV dapat yang 16 inchi.

image is not available

Ruang kabin untuk varian AV hadir dengan kemasan dwi-tona. Bukan tu jer, ia juga didatangkan dengan pandangan sekeliling kenderaan pada masa nyata dalam empat paparan, iaitu Bird View (atas), Front View (depan), Rear View (belakang) dan Side View (kiri dan kanan).

image is not available

Kali ini, penyaman udara di bahagian belakang dah ada pada semua varian untuk memberikan keselesaan kepada penumpang. 

image is not available

Untuk varian H and AV, terdapat tiga opsyen mod pemanduan iaitu Normal, ECO dan Power untuk mengoptimumkan pengalaman pemanduan dan penjimatan petrol.

Menariknya, varian AV dilengkapi dengan brek cakera belakang yang memberikan ekstra cengkaman brek, dengan mengurangkan pembentukan haba seperti berlaku pada brek jenis dram. Brek cakera juga lebih cepat sejuk dan mudah disenggara.

image is not available

Bukan tu jer, varian premium itu juga didatangkan dengan Brek Pegun Automatik (AHB) yang memastikan posisi kenderaan kekal pegun ketika berhenti tanpa pemandu perlu memijak brek sepanjang masa. Sistek brek elektronik juga ada pada varian itu dimana pemandu hanya perlu tarik punat ke atas untuk mengunci roda dan tekan ke bawah untuk meriliskan brek.

image is not available

Untuk sistem keselamatan, terdapat Banntuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist (ASA) 3.0) yang ditawarkan kepada semua varian yang terdiri daripada empat ciri iaitu Amaran Pra Pelanggaran, Amaran Pergerakan Depan, Brek Pra-Perlanggaran dan Kawalan Salah Operasi Pedal.

image is not available

Bantuan pemanduan (Driving Assist) hanya ada pada varian AV yang membolehkan kenderaan bergerak mengikut halaju ditetapkan dan dilaraskan automatik untuk mengekalkan jarak dengan kenderaan depan.

image is not available

Amaran Keluar Lorong dan Pencegahan Keluar Lorong pula hadir untuk semua varian yang akan memaklumkan pemandu jika kenderaan mula tersasar keluar dari laluan memandu dan membantu pemandu mengelak situasi terkeluar lorong memandu secara tidak sengaja.

Pergh! Rasanya memang berbaloi gila kalau korang dapatkan Alza baru ini dengan harga yang ditawarkan. Apa pandangan korang?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.