Penari Cilik Sarawak, ‘Little Bornean Birdie’ Bakal Wakili Malaysia Di Dance World Cup Finals Sepanyol

18 Jan 2025 • 9:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dion Das Louis sekali lagi membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa

Penari Cilik Sarawak, ‘Little Bornean Birdie’ Bakal Wakili Malaysia Di Dance World Cup Finals Sepanyol. Penari cilik berusia sembilan tahun, Dion Das Louis, atau lebih dikenali sebagai ‘Little Bornean Birdie’, kini bersiap sedia untuk membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Dion berjaya melayakkan diri ke Dance World Cup Finals yang bakal berlangsung di Burgos, Sepanyol, dari 3 hingga 12 Julai 2025.

Kejayaan ini diraih selepas Dion memenangi pusingan kelayakan Dance World Cup Malaysia dalam kategori Mini Solo National dan Folklore, yang diadakan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sabah.

image is not available
Penari Cilik Sarawak, ‘Little Bornean Birdie’ Bakal Wakili Malaysia Di Dance World Cup Finals Sepanyol. Sumber gambar: The Borneo Post

Membawa pulang gelaran Best Solo Mini

Lebih membanggakan, Dion turut membawa pulang gelaran Best Solo Mini semasa pertandingan tersebut, membuktikan bahawa dia adalah antara bakat muda paling menyerlah di Malaysia.

“Kemenangan ini membolehkan Dion mewakili Malaysia di Dance World Cup Finals di Sepanyol Julai ini,” kata ibunya yang bangga, Edina Lanying, kepada The Borneo Post.

image is not available

Kejayaan Dion bukan sahaja mengharumkan nama keluarganya, tetapi turut menyerlahkan bakat besar yang muncul dari bumi Kenyalang.

Dengan persiapan menjelang pertandingan antarabangsa ini, semua mata kini tertumpu kepada ‘Little Bornean Birdie’, yang bakal memukau dunia dengan gerak tariannya!

Lagi mengenai penari cilik, ‘Little Bornean Birdie’ di sini:

View Original Article