Penari Esperer Dance Studio harumkan nama Labuan

LocalEntertainment
9 Apr 2026 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Esperer Dance Studio mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan pada acara Kelayakan Piala Dunia Tari Malaysia yang berlangsung di Auditorium JKKN, Kota Kinabalu.

Pengetua Ameris Lim Shiang Yee berkata pasukan itu berjaya membawa pulang Anugerah Solo Terbaik, lapan gelaran juara dan dua naib juara dalam pelbagai kategori tarian.

Kejayaan itu membuktikan kemampuan para pelajar disamping keberkesanan sistem latihan jangka panjang yang berstruktur, bimbingan yang sistematik, serta sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa dan keluarga.

Katanya gelaran juara diraih oleh Raynise Lo Wen Qin, Giovanna Freddy Richard, Giovanna Renelda Chin, Serene Voon Jun Ting, Vivian Chau Zi Lei, Alexis Leong Zeng Yao, Bernyse Hieu Ming Yee, Daphne Chew Ke Xin, Ng Qian En dan Tsen Xin Ning.

“Manakala naib juara diraih Rewina Ng Qiao En dan Low Jacelyn bagi kategori solo lyrical dan street dance 10-11 tahun.

Pertandingan dianjurkan Persatuan Seni Budaya Bayu (Sabah),” katanya.