
Mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa
Penari Sarawak Terpilih Mewakili Malaysia Di Talent Olympics Amerika Syarikat. Kerja keras seorang penari Sarawak telah memberi hasil apabila beliau terpilih untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia Performing Arts ke-26, atau dikenali sebagai ‘Talent Olympics’, di Anaheim, California, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan berita oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) hari ini, Elwyn Jung, seorang pelajar SMK Kuching High berusia 18 tahun, menyatakan penghargaannya kepada keluarga, rakan-rakan, dan guru-guru di The Dance Academy Kuching (TDAK).
Dalam pada itu, memetik sumber, beliau juga mendedahkan bahawa impian beliau adalah untuk tampil di pentas antarabangsa.

“Saya berharap dapat membanggakan Malaysia dan Sarawak,” kata beliau munurut laporan.
Bertanding dalam enam genre
Jung, anak ketiga daripada empat beradik, dipercayai akan bertanding dalam kategori tarian dan bersaing dalam enam genre, iaitu etnik atau folklor, kontemporari, lyrical, jazz, open, dan teater muzikal.

Mengenai persediaannya untuk pertandingan ini, beliau menyatakan bahawa walaupun berlatih setiap hari, mencari lagu yang sesuai merupakan satu cabaran kerana beliau mahu membuat persembahan yang terbaik.
Berlangsung pada 28 Julai hingga 6 Ogos
Pertandingan antarabangsa ini adalah bagi pelajar-pelajar yang ingin memperoleh pengiktirafan. Edisi pertandingan tahun ini akan berlangsung dari 28 Julai hingga 6 Ogos.
Dengan keazaman dan bakatnya, Elwyn Jung berharap dapat memberikan yang terbaik di pentas dunia ini serta mengharumkan nama baik Malaysia dan Sarawak dalam usaha beliau untuk mencapai kejayaan di Kejohanan Dunia Performing Arts yang bergengsi ini.


