Penarik kereta maut dipercayai ditetak

13 Jun 2022 • 8:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Seorang penarik kereta maut dipercayai akibat diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa individu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao(gambar) berkata pada 9.47 pagi, Pusat Kawalan Daerah Klang Utara menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai satu pergaduhan berlaku di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann, Klang.

Vijaya Rao berkata bertindak atas maklumat tersebut, pihaknya segera ke tempat kejadian dan mendapati lelaki berumur 47 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah serta telah meninggal dunia.

“Mangsa meninggal dunia susulan kecederaan yang menyebabkan luka di bahagian badan, tangan kanan dan kiri serta kepala.

“Siasatan mendapati mangsa disyaki diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki namun motif kejadian tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan.

Vijaya Rao juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes tersebut agar menyalurkannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved