Penarik kereta maut, rakan cedera nahas dengan lori

30 Jul 2025 • 6:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta dinaiki mangsa dan lori selepas terbabit nahas di Kilometer 108 Jalan Kuantan-Segamat dekat Kampung Gadak, Muadzam Shah pada Rabu.

image is not available
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas lori yang terlibat kemalangan maut di Kilometer 108 Jalan Kuantan -Segamat dekat Kampung Gadak, Muadzam Shah di sini pada Rabu.

image is not available
Keadaan di lokasi kemalangan maut melibatkan kereta dan sebuah lori di Kilometer 108 Jalan Kuantan -Segamat dekat Kampung Gadak, Muadzam Shah di sini pada Rabu.

ROMPIN – Seorang penarik kereta maut manakala rakannya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 108, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Kampung Gadak, Muadzam Shah di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Muhamad Helmi Mesouwir Sofet, 28, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah akibat kecederaan parah di kepala, tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, rakan mangsa yang juga pemandu kereta, Zamzuri Mohamad, 38, cedera di bahagian dada.

**media[3220458]**

Menurutnya, dalam nahas itu, pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Nissan Almera dinaiki penarik kereta itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah menghala ke Segamat.

"Lori sawit jenis Isuzu NPR tanpa muatan itu pula dari arah Segamat menuju ke sebuah stesen minyak berhampiran lokasi kejadian," katanya.

Sharif Shai berkata, ketika tiba di lokasi, pemandu lori dipercayai berhenti sebelum membelok ke kanan untuk masuk ke stesen minyak.

"Kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan gagal mengelak lalu terlanggar bahagian sisi lori terbabit.

**media[3220457]**

"Mangsa yang berada di kerusi kerusi penumpang hadapan parah sebelum dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," ujarnya.

Beliau berkata, pemandu kereta dihantar menerima rawatan di hospital sama.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.