“Penat Balik Kerja, Kena Hadap Benda Macam Ni” – Netizen Luah Pengalaman Isu LRT, Ada Yang Kena Samun!

10 Nov 2022 • 1:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di rata-rata media sosial apabila perkhidmatan LRT milik syarikat Prasarana melaporkan kerosakan gangguan servis selama seminggu pada 9 November hingga 15 November 2022.

Menerusi hantaran di laman Twitter, Rapid KL memaklumkan terdapat 16 stesen LRT yang akan tergendala dan tidak dapat berfungsi untuk sementara waktu.

image is not available

Susulan itu, ramai pengguna yang bergantung kepada pengangkutan awam berkongsi pengalaman mereka selepas stesen perkhidmatan LRT ditutup secara mengejut.

Disebabkan kejadian tersebut, rata-rata pengguna pengangkutan awam terpaksa menaiki kenderaan atau bas yang disediakan sekaligus menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku.

Bukan itu sahaja, ada juga pengguna yang terpaksa berjalan kaki sejauh 38 kilometer untuk sampai ke rumah selepas pulang dari pejabat.

Apa yang lebih mengejutkan, seorang wanita dilaporkan menjadi mangsa samun semasa menunggu dijemput oleh bapanya selepas berlaku gangguan perkhidmatan LRT.

Difahamkan, wanita itu sepatutnya membuat perjalanan dari stesen LRT Sri Rampai ke LRT USJ 7 namun terpaksa meminta bantuan bapa untuk menghantar ke pejabat dengan menaiki kereta.

Mangsa, Nur Sophia Jesmine Hasmin berkata dia didekati oleh dua orang lelaki menunggang motosikal sebelum mereka bertindak mengeluarkan pisau dan mengoyakkan beg miliknya yang mengandungi komputer riba dan telefon bimbit.

Menurut laporan Awani, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) "Sakit Hati Betul.." - LRT Rosak, Pemuda 'Menapak' 26 KM Dari Universiti Malaya Ke Lembah Keramat