Penat Fikir Nak ‘duduk’ Dekat Mana? Jom Kami Kongsi Tempat Yang Confirm Buat Korang Ter’duduk’!

28 Jun 2023 • 5:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bila sebut tentang ‘duduk’, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran korang? Kalau tanya kami, semestinya ‘duduk’ di tempat yang selesa, cantik dan selamat. Eh, chop chop, ni ‘duduk’ yang mana ni? 

Siapa yang biasa tengok wayang, mesti korang pernah nampak iklan ‘duduk’ betul tak? Kalau korang nak tahu apakah ‘duduk’ ni sebenarnya, jom kami kongsikan! 

Nikmati Kehidupan Yang Diidamkan Dengan Fasiliti Yang Lengkap & Selesa!

Untuk korang yang belum tahu lagi, ‘duduk’ adalah salah satu projek hartanah daripada EcoWorld yang dilancarkan semasa tempoh pandemik.

Menariknya, ‘duduk’ ini bukan saja mempunyai keunikan tersendiri, malah ia juga menawarkan persekitaran selesa yang kami jamin confirm memenuhi impian gaya hidup yang korang idamkan! 

Lagi best, ‘duduk’ by EcoWorld ini turut menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang komprehensif dan paling penting, ia terletak di tempat yang strategik tau! Jadi, korang dah tak perlu risau untuk travel jauh-jauh semata-mata untuk dapatkan kemudahan.

Kalau korang nak tahu, ‘duduk’ mempunyai beberapa jenis kawasan perumahan di beberapa lokasi yang korang boleh pilih mengikut citarasa gaya hidup korang tau! Antaranya:

1. Hana D’Eco Aredence

Untuk korang yang mencari rumah di kawasan Setia Alam, Hana D’Eco Ardence adalah pilihan yang tepat sebab ia terletak di tempat yang strategik yang memberi akses ke lebuh raya utama NKVE, ELITE, Persekutuan dan Koridor Guthrie tau. Haa, lepas ni senang nak travel!

Menariknya, kawasan ini siap dikelilingi kemudahan komersial iaitu Ardence Labs dan Ardence Crest yang menyediakan tempat lot runcit dan F&B serta kedai fasiliti seperti 99 Speedmart, 7-Eleven, kafe, Ardence International Secondary School dan banyak lagit tau! Bestnya!

Lagi best, korang boleh dapatkan rumah kediaman separa perabot berkeluasan 900 kaki persegi yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 2 ruang letak kereta ini hanya pada RM1,777* tau! Wow!

2. SA.YOUNG D’Eco Botanic

Kalau korang tengah cari kawasan rumah di Iskandar Puteri, Johor Bahru, kami cadangkan Sa.Young D’Eco Botanic sebab ia terletak di kawasan komersial, Eco Boulevard yang menampilkan lebih 200 buah kedai popular seperti Starbucks, Watsons dan banyak lagi! 

Bukan itu saja, ia juga terletak berdekatan dengan EduCity, tempat tarikan seperti Legoland serta mempunya Eco Galleria iaitu pusat beli belah ‘high-street’ tau! Paling penting, korang turut mempunyai akses lebuhraya seperti Lebuhraya Utara Selatan, Skudai, dan Pasir Gudang!

Psst, rumah Sa.Young D’Eco Botanic yang dilengkapi dengan separa perabot, 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dan 2 tempat letak kereta ini dijual bermula pada harga RM1,810* tau. Pergh, berbaloi dengan kedudukan yang strategik!

3. SANTAI D’Eco Spring

Selain Sa.Young D’Eco Botanic , di Johor Bahru juga menempatkan salah satu perumahan iaitu Santai D’Eco Spring yang menampilkan konsep rekaan ala-ala Eropah klasik!

Menariknya, ia dibangunkan dalam kawasan lingkungan Eco Palladium yang bukan sahaja dilengkapi dengan kawasan komersial, malah ia juga mempunyai tempat tumpuan menarik iaitu Spring Labs yang sangat Instagrammable tau. Wow, bestnya!

Paling penting, ia terletak di lokasi yang strategik yang berhubung dengan Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL).

Korang boleh dapatkan satu unit yang berkeluasan 950 hingga 1,037 kaki persegi dengan kelengkapan separa perabot, 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dan 2 tempat letak kereta bermula pada RM1,745*!

4. RIANG D’Eco Majestic

Untuk korang yang mencari perumahan yang dekat dengan alam semula jadi, kami sarankan korang untuk dapatkan satu unit Riang D’Eco Majestic, Semenyih, Selangor sebab ia bukan sahaja mempunyai rekaan kolonial klasik dan mewah, malah dikelilingi kehijauan flora tau!

Selain itu, korang tak perlu risau langsung tentang kemudahan sebab ia berdekatan dengan pelbagai pusat komersial seperti Jaya Grocer, Starbucks Reserve, McDonalds, Tealive, Guardian, dan banyak lagi! Paling penting, ia dihubungkan dengan Lebuhraya Kajang-Seremban(LEKAS). Perghh, terbaiklah!

Dengan keluasan 1,000 kaki persegi, setiap unit Riang D’Eco Majestic ini dilengkapi dengan separa perabot, 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dan 2 tempat letak kereta tau. Kalau korang berminat, ansuran bulanan untuk unit di Riang D’Eco Majestic ini bermula daripada RM1,800*. 

5. CERIA D’Eco Horizon

Mesti korang tertanya, banyak belah Selatan saja, belah Utara tak ada ke? Haa, jangan risau, untuk korang yang mencari rumah di belah Utara, projek perumahan Ceria D’Eco Horizon kini giat dijalankan tau!

Perumahan yang terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang ini dibina pada kedudukan yang strategik dan yang boleh dihubungkan dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Lebuhraya Utara-Selatan tau. Jadi, senanglah kalau korang nak travel nanti!

Selain itu, ia juga mempunyai kemudahan komersial F&B seperti Starbucks, ZUS Coffee, Streeto Pizza, Sushi Wafu dan banyak lagi, serta mempunyai klinik, pasar raya dan pelbagai lagi kemudahan tau. 

Lagi best, Eco Horizon menyediakan pelbagai aktiviti luar, seperti berjalan kaki, berjoging dan berkelah, untuk bawa korang pengalaman hidup yang lebih indah!

Ceria D’Eco Horizon ini dilengkapi dengan separa perabot dan korang boleh buat ansuran bayaran bermula dapat harga RM1,800* tau! 

Psst, dengar cerita projek ‘duduk’ ni akan diperluaskan lagi tau dan ada beberapa lokasi yang akan dibuka tidak lama lagi. Jadi, korang yang nak tahu lebih lanjut, stay tuned okay! 

Tapi, mesti ada antara korang yang tertanya-tanya, rumah-rumah di ‘duduk’ ni sesuai untuk siapa je? 

Rumah-rumah di ‘duduk’ ni dibangunkan untuk korang yang ingin memiliki tempat tinggal yang tidak menjejaskan gaya hidup serta menyediakan segala keperluan diinginkan seperti kolam renang, taman, gym dan banyak lagi tau! 

Jadi, semua orang sangat dialu-alukan untuk nikmati segala kelebihan yang ditawarkan hanya di ‘duduk’ by EcoWorld!

‘duduk’ Dalam Gaya Hidup Seperti Yang Diimpikan 

Fuhh, ni baru kami cerita sikit tentang projek hartanah ‘duduk’ daripada EcoWorld ni. Kalau kami cerita lebih terperinci, satu artikel pun tak cukup tau guys!

Jadi, kalau korang nak tahu maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi duduk atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.