Pencapaian Akademik Tak Lagi Dititik Beratkan, Pekerja Fasih Bahasa Mandarin Jadi Pilihan Utama Majikan

15 Apr 2024 • 1:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan New Straits Times, majikan pada ketika ini tidak lagi memandang pencapaian ataupun kelayakan akademik apabila mahu mencari pekerja.

Tak titik berat kelayakan akademik

Kini, hal yang lebih dititik beratkan oleh majikan apabila mencari pekerja adalah berkenaan dengan etika kerja yang baik, pengalaman bekerja, kesesuaian budaya dan keupayaan untuk belajar sendiri demi membangunkan lagi syarikat.

image is not available

Difahamkan daripada Pengarah Urusan Jobstreet by Seek Malaysia Vic Sithasanan, bentuk pembangunan kerjaya yang sering didengari adalah program latihan atau pembelajaran kendiri, di mana selalunya majikan sudah pun menyediakan di syarikat masing-masing.

‘Bonus’ boleh bertutur bahasa Mandarin

Dalam pada itu, Vic memaklumkan kini permintaan yang kian meningkat daripada kalangan majikan adalah pekerja yang boleh bertutur bahasa Mandarin.

Katanya, ketika ini lebih banyak majikan yang meletak senarai permintaan pekerja peringkat pertengahan yang fasih berbahasa Mandarin.

Walaupun bahasa Inggeris adalah bahasa utama untuk berkomunikasi di pasaran global, ini berbeza apabila peranannya melibatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berada di seluruh pasaran yang berbeza.

image is not available

Namun begitu, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata bahasa Inggeri masih kekal sebagai lima kemahiran teratas yang dicari oleh majikan semasa mahu mengambil pekerja.

image is not available 3 months ago

"Terimalah Ketidakpastian.." - Pelajar Melayu Harungi Pelbagai Cabaran Demi Belajar Bahasa Cina, Berjaya Masuk Universiti Terbaik China