Pencapaian IPCC, kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

LocalPolitics
17 Feb 2025 • 8:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pencapaian Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024 dan menjelaskan fungsi IPCC, Police, Friends and Collaborators (IPFC) pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) pula meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dalam mencapai tiga strategi yang ditetapkan iaitu pengukuhan rantaian nilai serantau, pengukuhan asas negara anggota serta penyelarasan dan penyusunan semula ekonomi negara-negara ASEAN.

Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai berapakah jumlah subsidi yang telah dibelanjakan untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) sepanjang 2024.

Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian bersedia untuk meningkatkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak peket bersubsidi di pasaran runcit memandangkan kerap kali terdapat rungutan mengenai masalah kekurangan bekalan.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved