Pencarian komando hilang ditamatkan: BASARNAS

15 Feb 2023 • 9:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia memaklumkan operasi mencari dan menyelamat anggota tentera darat Lans Koperal Edrin Baitim, yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan di Selat Melaka minggu lepas ditamatkan pada Selasa.

BASARNAS memutuskan perkara itu selepas tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan mangsa yang mungkin dihanyutkan sehingga ke perairan negara itu.

“Kami tidak dapat mengesannya selepas pencarian hampir tujuh hari,“ lapor portal berita tempatan, Riau Online, memetik ketuanya I Nyoman Sidakarya sebagai berkata.

Bagaimanapun, BASARNAS masih memantau rapi kawasan berkenaan dan operasi mencari akan disambung semula jika terdapat petunjuk baharu, katanya.

Lans Koperal Edrin Baintim, 25, dikhuatiri lemas pada 7 Feb lalu ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan pada 5.15 petang.

Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Putrajaya turut mendapatkan bantuan Basarnas kerana terdapat kemungkinan mangsa dihanyutkan ke perairan Indonesia. -Bernama