Pencarian Lelaki Hanyut Di Pintasan Saloma, SAR Disambung Pagi Ini

18 Nov 2025 • 9:56 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usaha mencari seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma diteruskan pagi ini.

Lelaki hanyut masih belum ditemukan

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Harian Metro,  operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan semula sekitar jam 9.30 pagi selepasp pasukan penyelamat terpaksa menghentikan pencarian pada jam 11 malam tadi kerana arus sungai yang terlalu kuat dan keadaan gelap yang membahayakan.

Artikel lain: Petugas Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ditemui Lemas

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pencarian melibatkan anggota polis, bomba dan beberapa agensi lain yang kembali turun ke lokasi sebaik tamat waktu operasi malam.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Setakat ini, mangsa yang merupakan lelaki berbangsa India masih belum ditemukan. Pasukan SAR akan meneruskan usaha pencarian pagi ini,” katanya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 5.40 petang semalam ketika mangsa bersama 12 rakan sekerja lain sedang melakukan kerja penambahbaikan di sepanjang Sungai Klang.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Daripda 13 pekerja di lokasi, 12 berjaya diselamatkan yang terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

The post Pencarian Lelaki Hanyut Di Pintasan Saloma, SAR Disambung Pagi Ini appeared first on Borak Daily.