Pencarian MH370 Dimulakan Semula Pada 30 Disember

3 Dec 2025 • 7:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Enigma kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 masih belum terungkai. Apakah yang menyebabkan pesawat Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal menjadi perdebatan dengan wujud teori ia disengajakan dan ada yang percaya ia adalah disebabkan kuasa ghaib. Selepas lebih 11 tahun pesawat ini hilang, pencariannya akan dimulakan semula pada 30 Disember ini.

image is not available

Syarikat Ocean Infinity akan menjalankan pencarian selama 55 hari secara berperingkat di kawasan Lautan Hindi Selatan yang dipercayai berkebarangkalian tinggi adalah lokasi akhir pesawat sebelum terhempas. Pencarian dilakukan berdasarkan perjanjian perkhidmatan antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity yang ditandatangani pada 25 Mac lalu. Ia dilakukan bagi memberikan penutup dan keadilan kepada keluarga mangsa.

Ocean Infinity telahpun terlibat dalam dua carian sebelum ini tetapi gagal menemukan pesawat. Kontrak yang ditandatangani ini ialah selama 18 bulan dengan kawasan carian adalah seluas 15,000 kilometer persegi. Mereka hanya akan menerima bayaran $70 juta (~RM 289 juta) sekiranya berjaya menemukan bangkai pesawat