Pencarian peserta Sidang Wanita Selangor dibuka, cungkil bakat pemimpin

22 Jan 2023 • 11:19 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 JAN: Pencarian peserta Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2023 bagi mengasah dan mencungkil bakat kepimpinan wanita terutama di peringkat pembuat keputusan dibuka sehingga 24 Januari ini.

Wanita Berdaya Selangor (WBS) memaklumkan SIWANIS iaitu program simulasi sidang Dewan Negeri Selangor membolehkan wanita mempelajari protokol, prosedur dan konsep sidang secara terus daripada pakar atau individu yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

“Ia satu platform perkongsian pemahaman dan pembangunan kapasiti kepimpinan ke arah 30 peratus kuota perwakilan wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar.

“Usul yang baik akan diusahakan untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Selangor supaya boleh dibahaskan secara formal,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

Menurut WBS sidang berkenaan akan memfokuskan isu berkaitan pemerkasaan wanita, kanak-kanak dan keluarga serta akses kepada pendidikan.

“Selain itu isu berkaitan ibu tunggal dan ibu tinggal, pekerjaan dan kos sara hidup, kesihatan dan keselamatan serta undang-undang dan keadilan sosial.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan pendaftaran https://bit.ly/SIWANIS2023,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved