Pencemaran bau kimia dikesan di Sungai Plentong pula

LocalEnvironment
6 Sep 2024 • 9:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petugas Hazmat mengambil sampel air dari Sungai Plentong.

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor pada Jumaat mengesahkan Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya di sini sebagai lokasi baharu melibatkan pembuangan sisa bahan kimia ke anak sungai.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, JAS menerima aduan mengenai pencemaran bau kimia di kawasan itu pada jam 10.50 pagi, Jumaat.

Katanya, sebaik menerima maklumat tersebut, pihak JAS Johor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bau yang terhasil serupa dengan kejadian yang berlaku di Kampung Melayu Pandan pada Selasa baru-baru ini.

“Sekitar jam 12 tengah hari, bau kimia itu sekali lagi dikesan di kawasan Plentong dan di permukaan Sungai Plentong, kelihatan tumpahan minyak.

“Pihak berkuasa kemudiannya meneruskan pencarian di sepanjang sungai dan sekitar jam 3.15 petang, mereka menemui bahan kimia dibuang di tebing anak sungai di kawasan industri Taman Desa Tropika," katanya.

Tambah Tian Soon, tindakan segera dilakukan oleh pihak JAS dan JBPM dengan pengambilan sampel untuk ujian dan analisa menggunakan 'absorbent pad' bagi membersihkan sebahagian tumpahan minyak.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Johor dan pihak berkuasa terus mengecam tindakan pihak atau individu yang mengambil jalan pintas untuk melupuskan sisa kimia secara haram.

“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai apa juga perkara ramai mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi Jabatan Alam Sekitar dengan segera," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved