Pencemaran Dari Brek EV Lagi Bahaya Daripada Diesel?

TechnologyEnvironment
17 Feb 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kenderaan elektrik (EV) selama ini sering ‘dipuji’ sebagai penyelesaian terbaik untuk mengurangkan pemanasan global dan pencemaran udara, jauh lebih baik berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE). Tetapi sejauh mana kebenarannya?

Kajian terbaru mendedahkan bahawa EV sebenarnya masih lagi menghasilkan sejenis pencemaran yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Debu Brek Lebih Beracun

image is not available

Kajian yang diterbitkan oleh Southampton University baru-baru ini mendapati bahawa debu brek, yang dihasilkan oleh kedua-dua EV dan ICE, jauh lebih berbahaya berbanding asap diesel.

Namun, EV banyak menggunakan sistem brek regeneratif (regen braking), yang membantu memperlahankan kenderaan dengan menukar tenaga kinetik kepada tenaga elektrik, sekali gus mengurangkan keperluan untuk menggunakan brek geseran tradisional.

Walaupun begitu, disebabkan EV lebih berat, apabila brek geseran digunakan, ia tetap menghasilkan lebih banyak debu brek berbanding kenderaan ICE biasa.

Jenis Pad Brek Paling Berbahaya

image is not availableimage is not availableimage is not available

Para saintis telah mengkaji pelbagai jenis pad brek untuk memahami sejauh mana ia menyumbang kepada pencemaran ini. Antara jenis yang diuji termasuk:

Rendah logamSepara logamOrganik bukan asbestos (NAO)Hibrid seramik

Daripada kajian tersebut, pad brek jenis NAO didapati sebagai yang paling beracun kerana boleh menyebabkan keradangan paru-paru yang lebih teruk berbanding asap diesel.

Sebelum ini, NAO diperkenalkan sebagai alternatif kepada pad brek lama yang mengandungi asbestos. NAO menggunakan serat tembaga untuk menggantikan asbestos bagi meningkatkan keupayaan keraliran haba.

image is not availableimage is not available

Namun, kajian terkini menunjukkan bahawa habuk tembaga juga boleh menyebabkan penyakit paru-paru serius seperti kanser, asma dan penyakit pulmonari kronik, sama seperti bahaya yang berpunca daripada asbestos.

Lebih membimbangkan, NAO adalah jenis pad brek yang paling banyak digunakan di pasaran kerana harganya yang rendah serta tahap bunyi dan kehausan yang lebih rendah.

Peraturan Bakal Diperketat

Setakat ini, pencemaran jenis ini masih belum dikawal secara menyeluruh, tetapi keadaan akan berubah apabila peraturan emisi Euro 7 dikuatkuasakan pada tahun 2026. Buat pertama kali, had pelepasan debu brek akan disertakan, walaupun ia mungkin hanya akan terpakai kepada kereta baharu dan bukan komponen sedia ada di pasaran.

Selain debu brek, masih terdapat sedikit peraturan global yang mengawal pelepasan bukan ekzos seperti pencemaran yang berpunca daripada tayar, yang juga merupakan penyumbang utama kepada zarah berbahaya. Malah, memandangkan EV lebih berat, ia juga cenderung menghasilkan lebih banyak pencemaran tayar berbanding kenderaan ICE.

image is not available

Sumber: CarScoops

View Original Article