Penceramah Bebas Ditahan, Disyaki Rakam & Sebar Video Tak Senonoh Dengan 4 Isteri

LocalPolitics
5 Jul 2025 • 4:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya.

image is not available

Laporan polis dibuat oleh isteri kedua penceramah bebas tersebut

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan polis dibuat oleh isteri kedua suspek pada 16 Jun lalu.

“Bertindak atas laporan, polis membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan merampas dua telefon bimbit serta sebuah komputer riba milik suspek.
“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek menjumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isteri dan gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Penceramah bebas ditahan reman selama 4 hari

Menurut Mohd Iqbal, suspek telah direman selama empat hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

image is not available

Artikel lain: Cikgu Sekolah & Abang Wiring Mengaku Salah Cuba Buat Aktiviti Tak Senonoh

Beliau turut memaklumkan bahawa suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan sedang dilengkapkan.

Kes berprofil tinggi itu menjadi perhatian ramai susulan latar belakang suspek sebagai penceramah bebas, dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)