Penceramah bebas ditahan disyaki rogol remaja

19 Jul 2022 • 2:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada jam 11.15 malam Sabtu.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.

"Hasil siasatan awal mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

"Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sasikala Devi berkata, sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor telah menahan suspek pada jam 4.50 petang.

"Suspek telah direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved