Penceramah bebas tiga pertuduhan amang seksual kanak-kanak

31 Jul 2024 • 8:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu melepas dan membebaskan penceramah Badrulamin Bahron selepas memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu membebaskan seorang penceramah lelaki daripada tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lepas.

Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrulamin Bahron, 63.

Beliau berkata, selepas mendengar dan menimbang keterangan saksi pendakwaan, hujah bertulis serta meneliti eksibit yang dikemukakan, tiada keterangan kukuh bagi mengaitkan Badrulamin dengan kes itu.

"Secara keseluruhan, saya membuat penilaian maksimum ke atas keterangan semua saksi. Saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes secara prima facie dan memutuskan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Badrulamin berdepan tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur lima tahun di sebuah rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dari 4 hingga 6 Mac 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani manakala tertuduh diwakili peguam Zulkifli C Yong dan Azali Ibrahim. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved