Pencipta BoBoiBoy, MONSTA dianugerahkan Diamond Play Button oleh YouTube

12 Apr 2023 • 5:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

MONSTA baru-baru ini mengangkat nama Malaysia di Tokyo Anime Awards Festival 2023 apabila menerima anugerah ‘Anime Fan Award’. Kini, MONSTA telah dianugerahkan pula ‘Diamond Play Button’ oleh YouTube setelah saluran YouTube MONSTA mencecah 10 juta subscriber.

Penerimaan ‘Diamond Play Button’ ini adalah pertama kalinya yang diterima oleh MONSTA, menjadikannya satu pencapaian yang membanggakan setelah 9 tahun bertapak di YouTube. Menerusi saluran tersebut, MONSTA menayangkan animasi-animasi Monsta Originals seperti BoBoiBoy, Mechamato, Papa Pipi, Fly With Yaya dan animasi luar negara seperti Pokémon, Beyblade, Molang dan lain-lain.

image is not available

Saluran tersebut juga turut digunakan sebagai salah satu cara MONSTA untuk berinteraksi bersama para penonton dan peminat di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, saluran itu juga ada menayangkan konten lain seperti komik bergerak, video reaksi, permainan video game dan OST asli setiap harta intelek.

image is not available

Selain saluran MONSTA, terdapat dua lagi akaun YouTube MONSTA dalam rangkaian MONSTA Network yang berada di dalam kedudukan 10 teratas saluran YouTube berjaya dalam Malaysia. Ia adalah ANIMASEA – MONSTA pada 4.78 juta subscriber dan MINI MONSTA pada 4.07 juta subscriber.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak turut berkongsikan berita itu di Facebook.

Untuk pengetahuan semua, saluran MONSTA mula mendapat 100 ribu subscriber pada 2 April 2015 setelah channel itu ditubuhkan pada 2014, dan diikuti 1 juta subscirber pada 11 Jun 2017.

View Original Article