Pencipta Lagu ‘Minah Tudung’ Undang Kontroversi, Dedah Idea Datang Selepas Tengok Video ‘Luc*h Wanita Bertudung

LocalEntertainment
27 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pencipta lagu ‘Minah Tudung’ kembali menjadi perhatian selepas kenyataannya dalam sebuah podcast mengenai kisah di sebalik penghasilan lagu berkenaan dikongsikan semula di media sosial.

Lagu Minah Tudung Tular Kembali

Menerusi klip podcast yang tular, pencipta lagu tersebut dilihat menceritakan mengenai perkara yang didakwa menjadi pencetus kepada penghasilan lagu berkenaan.

Advertisement

Dalam perbualan itu, dia menyebut mengenai video melibatkan seorang wanita berhijab di dalam bas yang dilihatnya sebelum mengaitkannya dengan idea untuk menghasilkan lagu ‘Minah Tudung’.

Klip berkenaan kemudiannya dikongsikan semula oleh seorang pengguna Threads dan menarik perhatian ramai.

Pencipta Lagu ‘Minah Tudung’ Dedah Idea Datang Selepas Tengok Video Luc*h

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan kenyataan pencipta lagu berkenaan.

Ada pengguna mendakwa penjelasan itu seolah-olah menunjukkan lagu tersebut tercetus daripada rasa geram selepas melihat video berkenaan.

d

Seorang pengguna turut menyebut mengenai bahagian awal podcast apabila perkataan “fitnah” digunakan sebelum pencipta lagu berkenaan menceritakan mengenai video yang dilihatnya.

Dalam pada itu, sebahagian netizen menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar dan mempersoalkan tindakan menjadikan perkara melibatkan wanita berhijab sebagai inspirasi sebuah lagu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

j2026-10-27 12:05:04

"Saya Tak Pernah Dilayan Buruk Oleh Rakan Artis, Mereka Profesional" - Ruhainies

The post Pencipta Lagu ‘Minah Tudung’ Undang Kontroversi, Dedah Idea Datang Selepas Tengok Video ‘Luc*h Wanita Bertudung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved