Pencuci Lantai Dyson WashG1 Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi Pada Harga RM3399

TechnologyDigital
27 Aug 2024 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dyson ialah jenama yang cukup terkenal untuk kipas tanpa bilah, mesin vakum hampagas dan juga pengering rambut kelas bangsawan mereka. Terkini, syarikat tersebut telah memperlihatkan perkakasan terbaru mereka, iaitu sebuah pencuci lantai yang dinamakan Dyson WashG1.

image is not available

Anda mungkin merasakan bahawa rupa bentuk Dyson WashG1 tidak begitu berbeza apabila dibandingkan dengan pembersih hampagas Dyson sebelum ini. Dari sekilas pandang, perkara ini mungkin benar, tetapi cara WashG1 berfungsi adalah agak berbeza.

Dimana pembersih hampagas Dyson menggunakan motor “Cyclone” di bahagian pemegang untuk menyedut kotoran-kotoran di lantai dan juga karpet, kebanyakan fungsi pembersihan Dyson WashG1 terletak di bahagian kepala pembersih mesin pembasuh ini.

Pertama ialah tangki air yang boleh menyimpan air sebanyak satu liter yang akan digunakan untuk membasahkan bahagian pencuci perkakasan ini. Kedua ialah dua berus yang menggunakan bulu nylon dan juga microfibre untuk memerangkap kotorang kering dan juga basah dari lantai sekaligus.

image is not available

Seperti bagaimana yang diterangkan oleh pihak Dyson, kedua-dua berus ini akan dibasahkan melalui 26 kawasan penghidratan di seluruh bahagian berus-berus ini, yang mana kemudian berus bahagian luar yang diperbuat daripada microfibre akan menyerap kedua-dua jenis kotoran ini.

image is not available

Berus nylon di bahagian dalam akan kemudiannya membersihkan Dson berus luaran dan memerangkap kotoran kering didalam sebuah ruangan penyimpanan untuk memudahkan proses pembersihan kemudian. Malah, untuk mereka yang tidak mahu selalu membersihkan mesin ini, Dyson mengatakan bahawa ia akan hadir dengan teknologi pembersihan kendiri berkala supaya berus dan juga tangki kekal bersih untuk satu jangka masa.

image is not available

Dyson juga telah mengubahsuai kepala pembersihan Dyson WashG1 ini supaya ia lebih mudah untuk membersihkan kotoran di celah-celah yang mungkin sukar untuk dimasuki dan juga bahagian lantai yang dekat dengan dinding.

image is not available

Diperkenalkan secara global beberapa bulan yang lalu, Dyson WashG1 akan mula dijual di pasaran tempatan bermula bulan September 2024 ini pada harga RM3399 melalui kedai-kedai fizikal dan juga atas-talian Dyson Malaysia. Sementara menunggu tarikh jualan rasmi pembersih lantai ini, anda boleh ke kedai-kedai fizikal Dyson untuk menguji Dyson WashG1 ini terlebih dahulu.

View Original Article