
JAKARTA – Seorang pencuri di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila memulangkan sebuah motosikal yang dicuri beserta surat permohonan maaf kepada pemilik kenderaan, lapor laman berita Detik.
Motosikal tersebut dipulangkan semula tiga hari selepas dicuri di daerah Tugu, baru-baru ini.
Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan sepucuk surat ditulis dalam bahasa Jawa yang menyatakan permohonan maaf kepada pemilik motosikal dan ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Semarang, Kadar Lusman.
Menurutnya, dia tidak berniat untuk mencuri, sebaliknya mengambil motosikal itu dalam keadaan panik untuk melarikan diri daripada rusuhan.
Ketua Unit Perhubungan Awam Polis Semarang, Inspektor Karis berkata, motosikal berkenaan telah dipulangkan semula dan diserahkan kepada Polis Tugu. – AGENSI
The post Pencuri pulangkan semula motosikal, sertakan surat mohon maaf appeared first on Kosmo Digital.
