Pencuri telur penyu perlu ‘diajar’

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pencuri telur penyu perlu ‘diajar’

SEREMBAN – Lapan pihak digesa bergabung tenaga dan cadangan bagi membendung kejadian mencuri telur penyu daripada berulang seperti yang berlaku di Tanjung Gemuk, Port Dickson baru-baru ini.

Aktivis Pemuliharaan Marin Malaysia, Noor Fadzli Shah berkata, langkah itu wajar dilaksanakan susulan kepentingan Tanjung Gemuk sebagai lokasi pendaratan dan tempat penyu bertelur serta keperluan memastikan telur haiwan itu mendapat perlindungan sewajarnya.

Katanya, antara jabatan yang mungkin terlibat termasuk Jabatan Perikanan, pihak berkuasa tempatan, agensi penguatkuasaan, komuniti setempat, NGO, institusi pendidikan, pengusaha pelancongan dan sukarelawan pemuliharaan.

“Kerajaan negeri perlu bertindak lebih tegas dan sistematik bagi melindungi kawasan pendaratan penyu termasuk mempertimbangkan pewartaan Zon Perlindungan Pendaratan Penyu Tanjung Gemuk.

“Kita tidak boleh hanya bertindak selepas telur penyu hilang atau dicuri. Kita perlu mempunyai sistem pencegahan yang jelas iaitu kenal pasti kawasan, lindungi sarang, lakukan rondaan, pantau pendaratan dan ambil tindakan sekiranya berlaku kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang ranjer kecewa apabila sarang penyu karah telah dikorek dan telurnya dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Noor Fadzli, pendaratan penyu adalah satu petunjuk bahawa pesisir pantai Port Dickson mempunyai nilai biodiversiti yang perlu dipelihara, dan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan.

Tambahnya, perlindungan penyu perlu dilihat sebagai agenda pemuliharaan negeri, bukan sekadar tanggungjawab satu agensi.

“Turut dicadangkan adalah mewujudkan saluran laporan daripada penduduk, pengusaha penginapan, nelayan atau orang awam dan mewujudkan pangkalan data penyu Tanjung Gemuk,” katanya.

Noor Fadzli berkata, pengurusan penyu tidak boleh bergantung kepada kempen kesedaran semata-mata kerana aspek penguatkuasaan, pemantauan dan pencegahan perlu berjalan serentak.

“Kalau kita mahu Tanjung Gemuk dikenali sebagai destinasi pelancongan, kita juga perlu memastikan biodiversiti yang menjadikan kawasan ini istimewa tidak hilang akibat aktiviti manusia.

“Jangan tunggu sehingga penyu semakin berkurangan atau sarang (penyu) semakin banyak hilang sebelum kita bertindak. Pemuliharaan yang berkesan ialah tindakan sebelum masalah menjadi lebih besar,” katanya.- MEDIA MULIA

The post Pencuri telur penyu perlu ‘diajar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved