Pendaftaran acara ‘Ampang Jaya Night Run’ dibuka, terhad 5,000 peserta

14 Jun 2023 • 2:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 14 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengajak orang ramai menyertai Ampang Jaya Night Run 2023 pada 15 Julai depan.

Bahagian perhubungan awam dan sekretariat pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan acara yang memasuki edisi ke-6 akan bermula di Menara MPAJ, jam 9 malam.

“Lima kategori akan dipertandingkan iaitu enam kilometer ‘fun walk’ dan 12 kilometer larian lelaki dan perempuan terbuka serta lelaki dan perempuan veteran.

“Penyertaan terhad kepada 5,000 orang dan setakat ini 1,300 orang telah mendaftar. Mereka yang berminat boleh mendaftar di www.ticket2u.com.my.

“Acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut sekretariat itu, hadiah wang tunai disediakan untuk pemenang setiap kategori iaitu RM500 untuk tempat pertama, RM400 (kedua) RM300 (ketiga) dan RM100 (empat hingga 10).

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Facebook rasmi MPAJ dan Facebook Ampang Jaya Night Run.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved