Beberapa minggu lalu kami telah melaporkan bahawa GXBank, bank digital pertama yang dibangunkan oleh syarikat teknologi Grab telah mula diuji oleh 20 ribu orang pengguna. Pada hari ini, kami mendapati bahawa aplikasi bank tersebut sudah boleh mula dimuat-turun oleh lebih orang ramai, dan lebih ramai penguji boleh membuka akaun dengan bank digital tersebut.

Anda hanya perlu ke Apple App Store ataupun Google Play Store untuk memuat-turun aplikasi GXBank tersebut dan kemudiannya melalui sedikit proses pendaftaran dimana mereka akan meminta anda untuk memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, alamat emel dan juga gambar kad pengenalan anda untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun bank digital anda.
Dalam percubaan saya untuk mendaftar akaun bank GXBank ini, saya hanya perlu menunggu beberapa minit untuk pihak GXBank mengesahkan butiran IC saya, dan pendaftaran saya lengkap begitu sahaja.


Perlu diingatkan juga bahawa pihak GXBank akan meminta anda untuk mengesahkan akaun emel anda juga, dan anda hanya perlu memasukkan kod nombor yang akan dihantar kepada alamat emel anda apabila anda menekan butang pengesahan.
Untuk memasukkan wang kedalam bank akaun digital ini, anda hanya perlu menghantar wang daripada akaun bank anda yang sedia ada, ataupun menggunakan perkhidmatan DuitNow dan anda boleh menggunakan nombor telefon anda ataupun MyKad untuk menambat nombor akaun bank anda kepada perkhidmatan penghantaran wang tersebut.


GXBank juga tampil dengan perkhidmatan dompet simpanan Saving Pockets yang membolehkan anda untuk menyimpan wang dengan pendapatan 3.0 peratus setahun dan membolehkan anda untuk menyimpan wang ini untuk pelbagai tujuan seperti pembelian kenderaan, wang percutian, wang kecemasan, pembelian rumah dan sebagainya.
Akan tetapi pihak GXBank telah mengesahkan bahawa simpanan ini tidak patuh syariah kerana lesen yang diberikan kepada mereka tidak menyokong simpanan syariah.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi GXBank di iPhone atau Android hari ini, dan mencubanya.
Kemaskini: Kami diberitahu oleh pihak GXBank yang mengatakan bahawa aplikasi GXBank masih lagi berada dalam fasa ujian beta, dan penambahan jumlah pengguna ini adalah untuk membukanya kepada lebih ramai lagi penguji aplikasi bank digital ini.

![[VIDEO] "Laaa Rupanya Dia Bukan Orang Kemboja" : Wanita Ini Bongkar Apa Keturunan Sebenar Makcik Kemboja](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
