Pendaftaran Anak Yatim Selangor (Sumbangan Hari Raya 2026)

LocalFamily & Parenting
20 Nov 2025 • 2:42 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah membuka pendaftaran bagi anak yatim di Selangor untuk mendaftar bagi melayakkan untuk mendapat Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026 menerusi laman web https://www.epayns.com.my/.

Untuk makluman, YIDE merupakan Institusi Kebajikan yang diamanahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menyantuni anak-anak yatim dan kumpulan sasar yang memerlukan di Selangor.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pendaftaran ini.

image is not available

Definisi Anak Yatim

Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor,  definisi anak yatim adalah anak-anak yang kematian bapanya, dan yang belum baligh serta belum mampu untuk mengurus harta atau menyara dirinya sendiri.

Ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu :

ولَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۖ

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri” (Surah Al-An’am : 152).

Menurut Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar, para ulama juga sepakat menyatakan hanya kanak-kanak yang kematian bapa sahaja layak menyandang gelaran anak yatim.

Ini kerana bapa adalah merupakan orang yang mempunyai peranan yang cukup besar, dan diberi tanggungjawab berat menjaga keperluan anak dari pelbagai sudut, terutama makan minum dan tempat tinggal.

Namun, bagi masyarakat Melayu, anak yang kematian kedua-dua iaitu ibu atau bapa diistilahkan sebagai anak yatim piatu.

Tarikh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran ini dibuka sehingga 5 Januari 2026.

Syarat Pendaftaran

Syarat pendaftaran bagi anak yatim ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia, Beragama Islam & bermastautin di Selangor sekurangnya 4 bulan.
  • Anak Lelaki atau Perempuan yang kematian bapa kandung (yatim) atau ibu dan bapa (yatim piatu).
  • Berumur 15 tahun dan ke bawah mengikut tahun kelahiran.

Cara Mendaftar

Pendaftaran boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Pendaftaran secara Online di pautan : www.epayns.com.my
  2. Isi Maklumat Penjaga & Anak Yatim dan Cetak Borang yang telah lengkap diisi.
  3. Lampirkan Borang yang telah dicetak beserta salinan dokumen perlu disahkan:
    – Kad Pengenalan Ibu/Penjaga
    – Sijil Kelahiran Anak-Anak Yatim
    – Sijil Kematian Bapa (Yatim) atau Ibu dan Bapa (Yatim Piatu)
    – Slip Akaun Bank Penjaga/Anak Yatim
  4. Borang dan dokumen Lampiran (serahan tangan/pos) ke:

    Yayasan Islam Darul Ehsan
    No. 3, Jalan Keluli AM7/AM,
    Pusat Perniagaan Bukit Raja,
    Seksyen 7,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Semakan Pendaftaran

Bagi mereka yang telah mendaftar, semakan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://www.epayns.com.my/.

Masukkan butiran dan maklumat anak yatim dengan memasukkan no kad pengenalan (atau passport) penjaga atau No KP/Passport anak yatim itu sendiri.

Soalan Lazim

Apakah institusi yang menyantuni anak yatim di Selangor?

Institusi yang menyantuni golongan ini adalah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Berapakah had umur anak yatim Selangor?

Had umur anak yatim di Selangor adalah 15 tahun mengikut tahun kelahiran.

Apakah bantuan yang disediakan kepada anak yatim di Selangor?

Antara bantuan yang disediakan kepada anak yatim di Selangor Sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang diberikan setiap tahun.

Bilakah tarikh tutup bagi pendaftaran anak yatim untuk Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026?

Tarikh tutup pendaftaran anak yatim adalah pada 5 Januari 2026.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ini, sila hubungi En Haizan 013-6323606 atau En Zubair 017-7569476.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2025