Pendaftaran Anugerah James Dyson Award 2024 Kini Dibuka – Semua Pencipta Muda

WorldTechnologyDigitalSpace
7 Mar 2024 • 7:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pendaftaran acara anugerah James Dyson Award 2024 kini telah dibuka untuk mahasiswa dan graduan dalam industri rekaan, kejuruteraan dan sebagainya sudahpun boleh mula mendaftar ciptaan mereka untuk berpeluang memenangi anugerah kebangsaan dan antarabangsa.

James Dyson Award ialah sebuah acara yang meraikan pencipta, pereka dan jurutera muda yang mencipta teknologi-teknologi baru yang boleh digunakan untuk memperbaiki mutu hidup orang ramai secara serantau dan juga di seluruh dunia.

image is not available

Acara anugerah ini telah menyokong lebih 400 pencipta muda di seluruh dunia dengan jumlah wang RM500 juta dan lebih dari dua per tiga daripada pemenang-pemenang antarabangsa anugerah ini telah mengkomersilkan ciptaan mereka untuk membolehkannya digunakan oleh orang ramai.

Di Malaysia, pada tahun lepas, pemenang Anugerah James Dyson kebangsaan, Lim Zi Suen telah memenanginya dengan ciptaan beliau yang dinamakan Soapy, iaitu sebuah permainan pendidikan yang mengajar kanak-kanak tentang cara dan kepentingan membasuh tangan dengan betul. Beliau memenangi hadiah tunai sebanyak RM26,500 untuk mengembangkan lagi idea projek tersebut.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 17 Julai 2024, dimana sebuah panel jurutera dan pencipta kemudiannya akan memilih pemenang-pemenang kebangsaan pada 11 September. Daripada semua pemenang kebangsaan ini, 20 pemenang dengan idea terbaik kemudiannya akan disenarai-pendekkan dimana dua pemenang antarabangsa dan pemenang lestari (sustainability winner) akan diumumkan pada 13 November tahun ini.

Jika anda berminat untuk menyertai acara ini, anda boleh mendaftar di pautan ini. Diantara syarat-syarat yang diperlihatkan ialah anda perlu menjadi seorang siswa di mana-mana universiti, ataupun graduan yang telah tamat tempoh pengajian dalam tempoh empat tahun. Anda juga boleh mendaftar untuk acara ini secara individu ataupun secara berkumpulan.